TEMPAT MENARIK DI JOHOR : MERCU TANDA DI JOHOR




1. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar – Masjid yang berusia lebih satu dekad yang terletak di Pantai Lido dan mempunyai senibina yang bercirikan masjid dari Mesir. Satu tarikan pelancongan di Johor yang sesuai untuk mereka yang sukakan sei dan sejarah di Johor.
 Image result for dataran penggaram batu pahat johor
Image result for dataran penggaram batu pahat johor
2. Dataran Penggaram ( Dataran Batu Pahat ) – Sebuah dataran yang terletaknya mercu tanda Daerah Batu Pahat. Kawasannya yang lapang di tengah pekan menjadikan ia sebuah tempat lepak yang ‘happening’ terutamanya pada hujung minggu dan ketika adanya persembahan atau event-event.
Image result for masjid jamek mersing
3. Masjid Jamek Mersing – satu masjid berwarna biru yang terletak di Mersing dan berhampiran dengan jeti kepulau-pulau di Johor. Lokasinya di ats bukit menawarkan pemandangan yang menarik pekan sekeliling dan juga laut. Sesuai untuk anda singgah untuk solat sementara menuggu feri di jeti.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR : LAIN-LAIN
Image result for danga bay johor
1. Danga Bay – Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati kalau berada di Johor Bahru. Di sini terdapat Restoran, tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik. Anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberanf Selat Tebrau. Di sini juga terdapat taman permainan ala-ala taman teman yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
2. Desaru Fruit Fram – Ladang di Desaru (http://www.desarufruitfarm.com/) yang sebesar 100 ekar menempatkan pokok buat tropika dan tanaman sayuran lebih dari 100 jenis. Anda juga boleh membeli buah dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini.
3. Kluang Coffee Powder Factory – Destinasi untuk mereka yang nak melihat sendiri bagaimana proses membuat kopi dari proses memanggang, mengoreng, grinding dan proses membungkus. Pengunjung juga boleh membeli kopi segar sebagai cenderahati dari Johor.
4. Istana Bukit Serene – Merupakan Istana kediaman Sultan Johor dan dijaga ketat Oleh Johor Militay Force. Walaupun ianya tidak dibuka untuk umum namun seirng menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar istana yang cantik itu . Anda boleh lihat istana ini dari waterfront di Danga Bay.
5. BP Walk (Batu Pahat Walk) – Satu tempat yang menarik di Batu Pahat Johor yang mempunyai banyak cafe dan kedai makan yang meriah pada waktu malam sehingga pagi. bagi warga Batu Pahat, di sinilah port paling best kalau nak tengok siaran perlawanan bola sepak sambil pekena menu makan best di sana iaitu sup, satay dan mee rebus.
6. Puteri Harbour Marina – Merupakan sebuah waterfront yang sangat moden dan juga terdapat pelabuhan yang menempatkan banyak kapal-kapal layar dari seluruh dunia. Sesuai untuk santai-santai mengambil gambar dengan panoramanya yang cantik. Terdapat jugak Club House di mana anda bole minum-minum kopi didalam cafenya.

Comments